Nov 1, 2008

Impian Ruhi..

Lama saya tak mengarang, tak berkongsi, tak borak-borak :)

Yumkin , peminat-peminat saya berasa kerinduan..hihi. Ada ke yang minat?? Entahlah..

--------

Di sekolah segalanya seperti biasa. Saya berpeluang 'berkeliaran'dan belajar dengan pelbagai perkara. Berkongsi juga beberapa kenangan manis dan pahit.


Bila renung anak-anak murid yang cilik genit berlari-lari, hati saya sama terhibur. Apatah lagi jika kami nyanyi sama-sama lagu 'wonderpets'. Haha...seronok jugak.

Nanti ada yang cakap macam ni "cikgu ni macam budak-budaklah. Cikgu ni kelakarlah. Cikgu pun tengok kartun ke?"

Hem, saya senyum aje. Demi menerangkan dunia mereka dan dunia saya yang tak banyak berbeza. Yang beza, bila saya jadi 'kanak-kanak', level fikrah saya rendahkan sealam mereka.

Happy \^_^/



Saya tahu, saya takda pun pedagogi yang berformat. Jadi, saya guna apa je ilmu kanak-kanak yang saya ada untuk mengajar. Saya tak nafikan, kaedah fasilitator banyak juga membantu.

Buat aktiviti, 'rewards' dan bercerita antara perkara yang mampu saya amalkan

[Bukan apa, kadang asyik berteori macam dalam bacaan teks tu menjemukan. Langsung, saya tukar ia jadi lebih menarik dan ada objektif]

-----------

Satu hari dalam Ramadhan, saya lihat semua anak murid perempuan saya dah menutup kepala mereka [pakai tudung]. Saya lihat mereka dan bertanyakan mengapa [sebelum ni ada yang tak pakai tudung]

"Ustazah dulu cerita pasal siksa orang tak pakai tudung. Siksa di neraka. Seram kitorang dengar. Sekarang semua dah pakai tudung..hehe. Ceritalah lagi Ustazah..."

-----

Erm, Alhamdulliah, syukur. Baguslah jika kamu pilih begitu. Macam nilah, tutup aurat. Ikut kata Allah, pasti Allah sayang. Allah tentu juga akan bantu kamu untuk terus berjaya :)

Terus kami borak-borak akan hikmah memakai tudung. Terima Kasih Tuhan..


Epilog

Tak lama lagi dah nak habis tugas saya di SKG. saya fikir kerap kini, apa aja yang saya dah selinapkan di jiwa anak-anak murid saya. Aduhai, ada apa-apa perubahankah?

Semoga. Iya, semoga jika bukan semua, adalah nanti seketul dua ilmu yang diamalkan oleh anak murid yang dikasih.

Saya berharapan, juga berimpian sedalam jiwa....

4 comments:

mira said...

wonderpets, wonderpets, kami datang
membantu anak haiwan yang kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
bila bekerjasama semua jadi mudah
yea, wonderpets! yea!

siapa yang tak tau lagu ni? hihi~

Unknown said...

supaya mereka menutup aurat sampai bila-bila, kecuali tidor dan nak mandi...hehehe

anyway teruskan sebarkan budaya pendidikan

Mentor_ulung said...

haha...org2 tue yg otaknya tue lah yg tak tau lagu tu mira...hahahah :)

Mentor_ulung said...

syukran pendekar...moga harapan kita yg celik akan bersama imarah dunia tarbiah generasi baru :)